AM › BERITA





Tuduhan Pengabaian Ke Atas Masjid Kristal Tidak Berasas


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

KUALA TERENGGANU, 7 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan laporan sebuah akhbar mengenai Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam yang dikatakan tidak dibaik pulih dan terbiar, sebagai tuduhan yang dibuat tanpa usul periksa.

"Tuduhan sembarangan hingga mengabaikan maklumat sebenar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata beliau bukan sahaja kecewa dengan laporan terbabit, malah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman fitnah demi menjaga nama baik kerajaan negeri.

Katanya, akhbar terbabit telah diberitahu mengenai kesungguhan kerajaan negeri membaik pulih Masjid Kristal, namun beliau kesal kerana akhbar itu menyiarkan laporan yang tidak berasas hingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang memberi impak kepada usaha Visit Beautiful Terengganu 2017.

"Adanya berita tidak benar ini menimbulkan dakwaan seolah-olah menunjukkan kerajaan negeri bersikap 'lepas tangan' terhadap Masjid Kristal sedangkan hakikatnya proses pembaikan sedang berlaku di masjid itu.....