AM › BERITA





Golongan Muda Perlu Kuasai Asas Bahasa Melayu - Aznil Nawawi


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

NILAI, 7 Okt (Bernama) -- Golongan muda di negara ini perlu menguasai asas bahasa Melayu meskipun perubahan dunia hari ini menyebabkan berlakunya perubahan pada gaya berbahasa dalam kehidupan seharian masyarakat, kata pengacara Datuk Aznil Nawawi.

Penerima Anugerah Ikon Khas Bahasa 2016 Persatuan Linguistik Malaysia itu berkata ini penting kerana bahasa Melayu merupakan sebahagian jati diri rakyat Malaysia yang perlu terus dimartabatkan.

Namun katanya kebolehan berbahasa Melayu dalam kalangan muda, khususnya generasi Y, adalah rendah disebabkan mereka terdedah kepada ledakan informasi yang menggunakan pelbagai bahasa campuran, sekali gus memberi kesan kepada struktur bahasa Melayu.

"Fleksibiliti dalam berbahasa itu sememangnya penting kerana kita perlu mengikut peredaran zaman, namun dalam menyampaikan gaya bahasa, jangan kita lupa kepada asas perbahasaan," katanya pada Forum Penulis Muda (FPM) 2017 di sini hari ini.

Forum bertajuk 'Bahasa Cerminan Akal: Lambang Kepintaran Generasi Y' itu dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini.....