AM › BERITA





Dua Anggota Parlimen DAP Tidak Bersalah Sertai Demonstrasi Jalanan


Tarikh kemaskini: 14/09/2017

KUCHING, 14 Sept (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapati dua anggota Parlimen DAP Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) dan Julian Tan (Stampin) tidak bersalah terhadap tuduhan terlibat dalam demonstrasi jalanan Bersih 4.0 dua tahun lalu.

Hakim Steve Ritikos dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh bersalah terlibat dalam demonstrasi jalan.

Katanya berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan mahkamah, mendapati kedua-dua tertuduh hanya berkumpul di hadapan Kuching Hilton, di mana mereka memakirkan kenderaan masing-masing dan kemudian berjalan ke Padang Song Kheng Hai (venue yang diluluskan) untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Oleh sebab itu, beliau berkata kedua-dua tertuduh tidak boleh disabit dengan kesalahan terbabit dalam demonsatrasi jalanan secara haram.

Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan dan Tan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012) kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 Ogos 2015.....