AM › BERITA





Makmal Percambahan Idea Belia TN50 Bincang Tujuh Rumusan Aspirasi Belia


Tarikh kemaskini: 14/08/2017

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Makmal Percambahan Idea Belia TN50 hari ini selesai membincangkan tujuh rumusan daripada 60,000 aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) golongan belia di negara ini.

Makmal berkenaan yang merupakan bengkel melibatkan 80 belia bersama mentor mereka daripada Kumpulan Masa Depan TN50 diadakan selama dua hari bermula semalam.

Perbincangan bengkel itu meliputi langkah menjadikan bandaraya di Malaysia lebih mesra penduduk melalui perancangan dan rekaan, membina sistem pendidikan yang relevan dan kalis perubahan dan mewujudkan masyarakat yang saling menghormati serta berkesedaran sivik secara dalam talian atau secara bersemuka.

Ia turut membincangkan pembentukan Malaysia yang lebih kohesif beridentiti nasional yang mantap serta saling mempercayai, memupuk masyarakat yang berkesedaran kesihatan, mewujudkan kesedaran rakyat tentang kelestarian persekitaran serta penglibatan rakyat dalam pentadbiran negara secara konsisten dan sistematik.

Ketua TN50 merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Modal Insan) di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri Johan Mahmood Merican berkata perbincangan adalah bahagian penting TN50.....