AM › BERITA





TPM Singapura Hadir Majlis Perkahwinan Tunku Aminah Esok


Tarikh kemaskini: 13/08/2017

SINGAPURA, 13 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean akan menjadi wakil khas Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke majlis perkahwinan puteri diraja Johor esok.

Kementerian Luar Singapura (MFA) berkata Teo akan ditemani isterinya ke majlis perkahwinan antara Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan Dennis Muhammad Abdullah.

"Kunjungan Teo menggambarkan hubungan mesra dan erat antara Singapura dan Johor," kata MFA.

Tunku Tun Aminah merupakan anakanda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Istiadat pertunangan antara kedua-dua pasangan itu akan diadakan di sebelah pagi di Istana Bukit Serene diikuti dengan istiadat nikah.....