AM › BERITA





Lebih 500 Ribu Mangsa Penipuan Pelaburan Di Malaysia


Tarikh kemaskini: 07/08/2017

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Lebih 500,000 individu dilaporkan menjadi mangsa penipuan pelbagai pelaburan haram di negara ini melibatkan kerugian mencecah RM3 bilion sejak tahun lepas hingga Julai 2017.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk A. Thaiveegan berkata sindiket itu kerap memperdayakan mangsa dengan menawarkan pulangan yang tinggi bagi mencari dan menarik minat orang ramai.

"Kerap kali kami menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati dengan sebarang pelaburan, buat semakan dengan Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu sebelum terlibat dengan mana-mana pelaburan, " katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menerusi tangkapan terbaru melibatkan pelaburan haram, beliau berkata dua beranak antara tiga individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan penipuan skim pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) melibatkan kerugian RM39.60 juta di Pahang dan Kelantan Selasa lepas.

Beliau berkata pihaknya telah menerima sebanyak 114 laporan berhubung skim pelaburan itu dan telah membuka 20 kertas siasatan.....