AM › BERITA





Najib Dan Rosmah Hadir Rumah Terbuka Shahrizat


Tarikh kemaskini: 18/07/2017


KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Wanita UMNO yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil malam ini.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada 9.40 malam dengan disambut oleh Shahrizat dan suami, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di kediaman mereka di Bukit Damansara, di sini.

Turut mengiringi perdana menteri dan isteri ialah anak lelaki mereka Norashman Najib.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir di majlis rumah terbuka itu yang bermula 7 malam.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

-- BERNAMA