AM › BERITA





LPT1 Dan LPT 2 Laksana Sepenuhnya Sistem ETC Mulai 14 Ogos


Tarikh kemaskini: 14/07/2017


Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (kiri) menunjukkan kad selepas menambah nilai di kiosk mesin automatik simbolik majlis Pelancaran Pelaksanaan Kutipan Tol Elektronik bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu dan Dua di kawasan Rehat dan Rawat Temerloh (Timur) hari ini.
TEMERLOH, 14 Julai (Bernama) -- Berkuatkuasa 12 tengah hari 14 Ogos depan, semua 19 plaza tol di laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 sepanjang 357.9 kilometer akan melaksanakan kutipan tol elektronik (ETC) sepenuhnya.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Noor Azmi Ghazali berkata, bermula dari tarikh itu juga, semua 177 plaza tol di 31 lebuh raya di seluruh negara tidak lagi menggunakan tunai sebagai transaksi.

"Pelancaran sepenuhnya sistem ETC ini membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas 15 hingga 20 peratus yang secara langsung turut membantu mengurangkan kemalangan dan pencemaran alam sekitar.

"Ini kerana transaksi secara Touch 'n Go untuk sebuah kereta hanya mengambil masa enam saat, manakala SmartTAG tiga saat sedangkan sebuah lorong tunai ambil masa 15 saat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Kutipan Tol Secara Elektronik bagi LPT 1 dan 2 di Hentian Rehat dan Rawat ( R&R ) Temerloh (Timur) di sini hari ini.....