AM › BERITA





Najib Sertai 500 Solat Isyak Dan Tarawih Di Bukit Pinang


Tarikh kemaskini: 19/06/2017

ALOR SETAR, 19 Jun ( Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai kira-kira 500 jemaah menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Al-Hidayah Bukit Pinang dekat sini malam ini.

Sebelum itu Perdana Menter dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di masjid berkenaan pada 8.40 malam.

Turut serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Solat Isyak diimamkan oleh imam masjid itu Fauzi Bakar manakala Solat Sunat Tarawih diimamkan Syeikh Mohd Naim Ahmad dari Pejabat Agama Kota Setar.

Selesai solat perdana menteri dan isteri menyertai majlis moreh di perkarangan masjid itu bersama jemaah lain yang terdiri daripada penduduk sekitar.

Najib dan isteri berangkat pulang pada 10.40 malam.

-- BERNAMA