AM › BERITA





Isteri Sabbaruddin Chik, Faridah Mohamed Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 19 Apri (Bernama) -- Puan Sri Faridah Mohamed, 74, isteri kepada Pengerusi Amanah Raya Berhad Tan Sri Sabbaruddin Chik, meninggal dunia pada 12.40 tengah malam tadi di sebuah hospital swasta di Damansara.

Perkara itu disahkan Sabbaruddin ketika ditemui pemberita di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara hari ini.

Anak kedua arwah, Salina Sabbaruddin, 41, berkata ibunya menghidap penyakit aneurisma otak dan telah empat minggu dirawat di hospital berkenaan.....