AM › BERITA





Gumantong, Gua Terbesar Ternak Burung Layang-layang Semula Jadi Di Sabah

Oleh Haslin Gaffor

BELURAN, 21 Mac (Bernama) -- Gua Gumantong di Kinabatangan merupakan gua terbesar untuk penternakan burung layang-layang secara semula jadi untuk menghasilkan sarang burung di negeri ini.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin berkata di negeri ini terdapat 27 sistem gua untuk penternakan burung layang-layang secara semula jadi dengan dua lagi gua terbesar adalah Gua Madai di Kunak dan gua Batu Timbang di Kuamut.

Katanya sarang burung diperoleh dari gua Gomantong dan gua Batu Timbang adalah sarang burung jenis putih dan hitam, manakala gua Madai (sarang burung jenis hitam).....