AM › BERITA





Lelaki Berperwatakan Wanita Maut Ditembak

KUANTAN, 23 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki berperwatakan wanita ditemukan maut dengan kesan tiga das tembakan dan tetakan di Jalan Pasar di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mangsa dikenali sebagai K. Selamperasan, 27, berasal dari Mentakab dekat sini, dipercayai maut pada 3.30 pagi.

"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di kaki lima kedai. Selain ditembak, mangsa juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan dan paha," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.....