AM › BERITA





Malaysia Minta Penjelasan Kerajaan Bangladesh Tidak Benar Misi Kemanusiaan

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia Md Shahidul Islam di Kementerian Luar di Putrajaya.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata pertemuan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Bangladesh berkaitan keputusan mereka yang tidak membenarkan 'Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar' untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

"Semasa pertemuan berkenaan, Anifah merakamkan rasa kesal yang mendalam terhadap keputusan Kerajaan Bangladesh bersandarkan kepada hubungan dua hala yang amat baik antara kedua-dua negara.....