AM › BERITA





Wujudkan Jawatan Pekerja Belia Profesional Bimbing Belia Bermasalah - MBM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan diwujudkan jawatan "pekerja belia profesional" untuk ditempatkan di institut pendidikan dan latihan atau institusi masyarakat khusus bagi membantu belia bermasalah.

Naib Presiden MBM Jufitri Joha berkata peranan dan tugas pekerja belia itu lebih fokus kepada membantu golongan masyarakat seperti belia keciciran, belia berisiko dan bekas banduan.

Katanya peningkatan masalah belia yang telah melalui proses intervensi tetapi kembali melakukan kesalahan memerlukan pekerja belia terlatih untuk membimbing mereka.....