AM › BERITA





Masalah Jantung Punca Kematian Kebanyakan Pekerja Nepal Di Malaysia - Duta

Oleh Amiril Muttaqien Meketar

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kedutaan Nepal menerima 461 laporan mengenai kematian pekerja negara itu di sini tahun lepas, 70 peratus daripada mereka meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung.

Duta Besar Nepal di Malaysia Dr Niranjan Man Singh Basnyat berkata perkara itu mungkin berpunca daripada masa bekerja yang terlalu lama, lebih-lebih lagi dalam terik cahaya matahari, manakala 30 peratus lagi mati akibat kemalangan di tempat kerja, terlalu banyak meminum arak dan membunuh diri kerana masalah kewangan.

Basnyat, yang bimbang tentang sikap rakyat negaranya yang tidak mementingkan kerehatan, menasihati mereka supaya tidak memaksa diri bekerja untuk tempoh yang panjang dan sebaliknya menjaga kesihatan masing-masing.....