AM › BERITA





Aries Infinity Bawa Kelajuan Internet 1Gbps Ke Malaysia

CYBERJAYA, 7 April (Bernama) -- Aries Telecoms (M) Bhd (Aries Telecom) telah melancarkan Aries Infinity, teknologi Protokol Internet versi 6 (IPv6) terpantas di rantau ini, yang menawarkan kelajuan Internet sehingga satu gigabit (Gbps) sesaat kepada pengguna perniagaan.

Pengerusinya, Datuk Zuraidi Rahim berkata, Malaysia adalah antara beberapa negara di dunia dan yang pertama di rantau ini dihubungkan dengan teknologi seperti itu.

Dengan pelaburan RM1 bilion, beliau berkata, teknologi kelajuan tinggi, iaitu kerjasama di antara Aries Telecom dan Setia Haruman Technology Sdn Bhd, kini boleh diperoleh semua pemilik perniagaan yang tinggal di Cyberjaya.....