AM › BERITA





Polis Berdepan Cabaran Tangani Keganasan Masa Kini Berbanding Dahulu - Najib

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan anggota keselamatan negara hari ini menghadapi cabaran untuk menangani keganasan dan marabahaya, yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan dahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata musuh negara kini lebih pintar, licik dan tidak dapat dijangka.

"Anggota-anggota keselamatan perlu sentiasa berada selangkah di hadapan mereka dalam keadaan bersiap siaga, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keganasan.....