AM › BERITA





Parlimen: SPRM Diminta Siasat Penjualan Tanah Libatkan Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mendakwa tanah itu dijual secara tender bagi pembinaan hospital swasta dan hotel.

Beliau mendakwa ada sumber yang menyebut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam penjualan tanah itu.....