AM › BERITA





Pemimpin Pandu Puteri Perlu Kreatif, Inovatif Tarik Penyertaan Pelajar Wanita - Rosmah

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) digesa agar lebih kreatif dan inovatif untuk menarik lebih ramai pelajar wanita menyertai persatuan itu, kata Yang Dipertuanya Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah, yang juga isteri Perdana Menteri berkata kualiti itu perlu bagi menambah jumlah anggota Pandu Puteri yang kini mencecah 100,000 anggota di seluruh negara.

"Saya amat mengharapkan agar dalam masa lima tahun lagi, kita mampu meningkatkan keahlian dengan bilangan yang membanggakan," katanya semasa merasmikan sambutan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Wisma PPPM, di sini hari ini.....