AM › BERITA





Lapan Pensyarah Sertai Pelayaran Saintifik 4,000 KM Ke Benua Antartika

SHAH ALAM, 12 Jan (Bernama) -- Sekumpulan lapan pensyarah dari enam universiti awam dan swasta akan menyertai pelayaran saintifik selama 22 hari ke benua Antartika bermula Isnin depan, bagi melakukan penyelidikan dalam pelbagai bidang.

Program 'Ekspedisi Penyelidikan Antartika Malaysia 2016' dengan kos RM450,000 merupakan penjelajahan pertama dibiayai geran penyelidikan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) ke benua berkenaan dan mendapat kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Lapan pensyarah berkenaan ialah Dr Mohamad Huzaimy Jusoh dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Goh Thian Lai dan Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dr Emienour Muzalina Mustafa dari Universiti Malaya (UM).....