AM › BERITA





KL PASS Diperkenal Untuk Pelancong Meneroka Bandar Raya

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Para pelancong sama ada domestik atau asing kini boleh meneroka tempat tarikan pelancongan di bandar raya dengan lebih mudah menggunakan KL PASS atau pas pelancongan, yang diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Abd Aziz berkata pas pelancongan bersepadu ditampilkan dalam enam variasi iaitu 1-Hari, 3-Hari dan 6-Hari untuk dewasa dan kanak-kanak dengan harga bermula RM125 hingga RM675.

KL PASS menawarkan pelbagai faedah dan kemudahan yang membolehkan pelancong melawat 17 tempat sekitar di ibu negara antaranya seperti Menara KL, Aquaria KLCC, Berjaya Times Square Indoor Theme Park, Sunway Lagoon Theme Park dan Zouk KL.....