AM › BERITA





Remaja Lemas, Rakan Hilang Ketika Mandi Di Tasik Puchong Prima

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seorang remaja lelaki ditemui mati lemas manakala rakannya masih hilang selepas semasa mandi bersama enam lagi rakan mereka di Tasik Puchong Prima, dekat sini, Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Mohd Hisam Mat Yasih berkata dalam kejadian 4.31 petang itu, mayat Muhammad Amirul Irfan Mohd Sabri, 14, ditemui pada 7.22 malam, hampir 10 meter dari tebing.

"Mayat mangsa dijumpai oleh sepasukan skuba di dasar tasik itu manakala Muhammad Amirul Irfan Mohd Rashid, 10, masih belum ditemui," katanya kepada Bernama, di sini.....