AM › BERITA





JTK Dakwa 148 Syarikat Gagal Patuhi Undang-Undang Buruh

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sudah mendakwa 148 majikan atas pelbagai kesalahan melanggar peruntukan undang-undang buruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Jeffrey Joakim berkata jumlah keseluruhan denda dan kompaun yang dikenakan terhadap kesemua majikan itu adalah sebanyak RM370,300 berbanding 40 kes dengan nilai denda RM102,550 bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Peningkatan yang tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas menunjukkan kesungguhan JTK dalam menguatkuasakan undang-undang buruh demi melindungi kebajikan pekerja sektor swasta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.....