AM › BERITA





Galeri Diraja Papar Sejarah Kesultanan Johor Bakal Diwujud Di Muar

NUSAJAYA, 17 Mei (Bernama) -- Sebuah galeri diraja yang memaparkan sejarah Kesultanan Johor, bakal diwujudkan di kawasan bangunan bekas ibu sawat Telekom Malaysia Bhd di Muar, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan.

Beliau berkata pihaknya sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi tujuan itu.

"Kerajaan bercadang mewujudkan Galeri Diraja bagi memaparkan sejarah Kesultanan Johor dan terowong masa pengkisahan sejarah Muar dan Bandar Maharani Bandar Diraja.....