AM › BERITA





Program Pemecut MaGIC Persiap Firma Untuk Bersedia Pelaburan Dalam 4 Bulan

CYBERJAYA, 12 Mei (Bernama) -- Program Pemecut (MAP) Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), yang disifatkan pemecut terbesar di Asia Tenggara, akan membolehkan syarikat-syarikat menjadi bersedia untuk pelaburan dalam empat bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Cheryl Yeoh berkata, MAP yang dijadualkan Jun tahun ini telah menerima 450 permohonan daripada 20 negara.

"Pemecut memberi akses kepada syarikat untuk mendapat nasihat pakar, hubungan penting dan satu komuniti yang mengetahui bagaimana untuk membina sesuatu," katanya kepada pemberita ketika pelancaran Laporan Impak MaGIC di sini, Selasa.....