AM › BERITA





Gempa Bumi Nepal: 7,040 Disahkan Terkorban Setakat Ini


Oleh Yuba Nath Lamsal

KATHMANDU, 3 Mei (Bernama) -- Angka kematian dalam bencana gempa bumi yang melanda Nepal pada 25 April terus meningkat apabila pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat dari celah-celah runtuhan rumah pada Ahad.

Sehingga kini, 7,040 mayat mangsa ditemui dari celah-celah runtuhan dengan 6,650 daripadanya telah diserahkan kepada anggota keluarga untuk upacara keagamaan, kata pegawai di Pusat Operasi Darurat Negara (NEOC), yang ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk menyelaraskan operasi menyelamat dan bantuan.

Lebih banyak mayat mangsa ditemui dari celah-celah runtuhan pada Sabtu serta Ahad dan angka kematian mungkin meningkat memandangkan operasi menyelamat dijalankan untuk beberapa hari lagi, kata Laxmi Prasad Dhakal, jurucakap Kementerian Dalam Negeri.....