AM › BERITA





Sultan Johor, Permaisuri Berangkat Ke Majlis Jamuan Negeri

JOHOR BAHARU, 31 Mac (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menghadiri majlis jamuan negeri bersempena Kemahkotaan Sultan Johor, di sini Selasa malam.

Majlis bermula 8.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor itu dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.

Berangkat sama ke majlis berkenaan, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, bonda Sultan Ibrahim Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, para anakanda dan kerabat diraja lain.....