AM › BERITA





Wujudkan Skim Bantuan Untuk Golongan Hilang Pekerjaan Secara Mengejut - MTUC

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan mewujudkan dengan segera skim bantuan kecemasan untuk mereka yang hilang pekerjaan secara mengejut.

Setiausaha agungnya N. Gopal Krishnan berkata langkah itu bertujuan mengelak pekerja terbabit dan keluarga mereka terjerumus ke lembah kemiskinan.

"Seperti banjir baru-baru ini, kehilangan pekerjaan berlaku dengan serta-merta serta tanpa diduga dan pekerja terjejas serta keluarga mereka memerlukan bantuan kecemasan untuk menghadapi keadaan itu sebelum boleh kembali berdikari," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.....