AM › SENARAI BERITA

TUMPAT, 18 Nov (Bernama) -- Pindaan undang-undang berkaitan bahasa Melayu untuk memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memantau penggunaan bahasa itu dalam setiap urusan, dijangka dapat dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat.


BESUT, 18 Nov (Bernama) -- Empangan Paya Peda di Hulu Besut bakal menjadi pusat pelancongan agro terkenal dalam negara apabila dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk resort dan pusat latihan pada masa akan datang.




JOHOR BAHRU, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor mahu Projek Sistem Transit Rapid (RTS), yang menghubungkan Woodland, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru, dimulakan segera berikutan jajaran dan reka bentuknya sudah diperkenankan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


MELAKA, 18 Nov (Bernama) -- Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan membelanjakan RM100 juta daripada peruntukan Bajet 2018 berjumlah RM250 juta yang diterima bagi pembelian pakaian seragam anggota dan pegawai jabatan itu di seluruh negara.


BUKIT MERTAJAM, 18 Nov (Bernama) -- Taman Rimba Bukit Mertajam, Cherok Tokun di sini, yang ditutup sejak 5 Nov berikutan angin kencang dan banjir yang melanda negeri ini pada 4 Nov lepas, akan dibuka kepada awam secara berperingkat.


PENAMPANG, 18 Nov (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu tiga isu utama dikemukakan parti itu menerusi memorandum kepada Jawatankuasa Negeri Sabah mengenai Hak-Hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia dan memo kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi perhatian serius, kata Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.


SINTOK , 18 Nov (Bernama) -- Cacat penglihatan dan pernah tercicir dari sekolah rendah tidak menghalang seorang gadis kelahiran Sabah, Harziah Khalid Yunis, untuk menempa kejayaan sehingga dikurniakan Anugerah Pingat Emas Canselor sempena Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia di sini hari ini.