AM › SENARAI BERITA

PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) -- Sekolah Putrajaya Presint 16 (1) adalah antara 300 sekolah perintis pertama yang menerima keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini dalam bentuk pentaksiran secara holistik.


GEORGE TOWN, 14 Dis (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM ) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menahan sebuah bot di kedudukan 1.2 batu nautika selatan Pulau Jerejak dekat sini, tengah malam tadi kerana cuba menyeludup keluar barangan kosmetik tanpa kebenaran.




KUANTAN, 14 Dis (Bernama) -- Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 26 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan transaksi lebih RM1 juta sejak November 2015.


KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Dewan Negara diberitahu hari ini bahawa penetapan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan merupakan mekanisme yang memberi kesan segera dan adil kepada pengguna serta industri.


LAHAD DATU, 14 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini untuk lawatan kerja hari ini.


BATU GAJAH, 14 Dis (Bernama) -- Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa termasuk pegawai khas kepada exco kerajaan negeri Perak, di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Parit semalam.


KOTA KINABALU, 14 Dis (Bernama) -- Sebanyak 1,685 orang daripada 719 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan banjir di Daerah Kota Belud dan Daerah Kecil Membakut, sehingga jam 8 pagi ini berbanding 1,613 daripada 692 keluarga malam tadi.