AM › SENARAI BERITA

SHAH ALAM, 23 Jan (Bernama) -- Seorang kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa kebocoran rakaman video berkaitan insiden pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tiada kaitan dengan syarikat itu.


SEPANGGAR, 23 Jan (Bernama) -- Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk di Sabah akan mendapat manfaat daripada Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.




LAHAD DATU, 23 Jan (Bernama) -- Empat belas pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) selama dua hari di sekitar Lahad Datu.


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bercadang melaksanakan program pemulihan terhadap mereka yang terlibat menyalah guna daun ketum.


ALOR SETAR, 23 Jan (Bernama) -- Pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan (JKKKP) dan JKKK Orang Asli kini berpeluang menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam usaha meningkatkan profesionalisme mereka.


PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) -- Seramai 1,200 jemaah haji yang terpilih di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri tahun ini akan menerima surat tawaran mereka pada 2 Feb ini.


Oleh HAIKAL

BANGKOK, 23 Jan (Bernama) -- Polis Thai terkejut bila mereka menemukan 300kg 'Ice' (Methaphetamine kristal) disorokkan dalam ratusan buah tembikai dalam sebuah lori yang mengangkut hasil pertanaian di Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand.