AM › SENARAI BERITA

KUCHING, 22 Nov (Bernama) -- Presiden Joko Widodo menceriakan kira-kira 6,000 rakyat Indonesia yang bekerja di negeri ini apabila meluangkan masa menghadiri program 'Temu Kangen Presiden RI' di Stadium Perpaduan Negeri, Petra Jaya, dekat sini petang ini.


NILAI, 22 Nov (Bernama) -- Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) esok akan disertakan pencapaian lengkap murid, sepanjang enam tahun dalam sesi persekolahan termasuk penilaian di dalam bilik darjah dan aktiviti kokurikulum.




MACHANG, 22 Nov (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Kelantan menyita 10 kilang kayu haram yang beroperasi secara berpindah-randah bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.


IPOH, 22 Nov (Bernama) -- Mekanisme bagi menstabilkan harga bahan bakar khususnya RON95 dan diesel akan diumum apabila ia mencecah RM2.50 seliter.


KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Bajet 2018 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob Isnin lepas, tanpa kehadiran kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.


KOTA KINABALU, 22 Nov (Bernama) -- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah akan mewujudkan garis panduan reka bentuk bangunan di kawasan berisiko gempa bumi di negeri ini berdasarkan 'Seismic Hazard Map'.


Daripada Abdul Aziz Harun

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin ke-21 Malaysia-Brunei yang dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, esok.