1MALAYSIA › LIST NEWS

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan mana-mana ejen yang menawarkan perkhidmatan permohonan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) kerana PR1MA tidak pernah melantik ejen untuk berbuat demikian.


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Sebuah konsortium terdiri daripada beberapa syarikat insurans akan diwujudkan untuk menawarkan skim insurans takaful kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).


PETALING JAYA, 17 Nov (Bernama) -- Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) termasuk doktor dan petugas media yang mengikuti misi kemanusiaan taufan Haiyan di Filipina, selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini Ahad.


TACLOBAN, 17 Nov (Bernama) -- Burauen, sebuah bandar pertanian di wilayah Leyte di sini bakal dijadikan daerah angkat oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk dibangunkan semula.


Daripada Nik Nurfaqih Nik Wil

TACLOBAN (Filipina), 13 Nov (Bernama) -- Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) termasuk doktor dan petugas media Malaysia selamat tiba di bandar Tacloban pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) Rabu dalam menyampai misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan.


PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Sejak dilaksana Jun 2011 sehingga Oktober lepas, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah membantu 13,672 graduan meningkatkan kualiti mereka untuk pasaran pekerjaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abd Wahid Omar.


KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menghantar misi kemanusiaan ke Filipina Rabu bagi membantu mangsa taufan Haiyan Jumaat lalu.