1MALAYSIA › LIST NEWS

PASIR PUTEH, 29 Jan (Bernama) -- Kira-kira 30,000 rakyat dijangka menyertai Program Himpunan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di sini Khamis ini.


KOTA KINABALU, 25 Jan (Bernama) -- Orang ramai khususnya golongan belia disaran tidak terpedaya dengan sindiket penipuan pendaftaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional.


KOTA KINABALU, 25 Jan (Bernama) -- Penganut Hindu di sini akan turut sama memeriahkan sambutan Thaipusam pada Ahad ini, iaitu perayaan tanda kesyukuran dan menebus dosa, yang disusun sejajar dengan konsep 1Malaysia, di Kuil Sri Subramaniam, KM22 Jalan Penampang-Papar di Lok Kawi.


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- 1Malaysia For Youth (1M4U) akan melancarkan My Beautiful Malaysia Day pada 3 Feb bagi mencetuskan semangat sukarelawan dalam kalangan belia di negara ini.


SUNGAI PETANI, 23 Jan (Bernama) -- Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang pembayarannya akan dilakukan bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


BUTTERWORTH, 23 Jan (Bernama) -- Dianggarkan lebih 20,000 orang pelbagai kaum akan berhimpun di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih sempena acara Himpunan Rakyat 1Malaysia pada 5 Feb.


KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad sedang mengenal pasti beberapa lokasi tanah kerajaan persekutuan di Kelantan untuk dibangunkan sebagai perumahan rakyat baharu.