RENCANA › BERITA





Diari Delhi: Warga Bukan Pemastautin Penting Untuk Ekonomi India


Tarikh kemaskini: 13/02/2018

Oleh Shakir-Husain

Shakir Husain, koresponden Bernama di New Delhi berkongsi pengalaman beliau dari India.

NEW DELHI (Bernama) -- Satu laporan yang dibentangkan pada dewan perundangan negeri Kerala baru-baru ini mengandungi maklumat penting tentang peranan warga bukan pemastautin India (NRI) dalam ekonomi negara ini.

NRI dari Kerala mengumpul sebanyak 1.52 trilion rupee (AS$23.7 bilion) deposit bank.

Kerala mempunyai ramai pekerja pendatang dari India dan kebanyakannya mencari nafkah di rantau Teluk Arab.

Jika dikaji taburan NRI di seluruh dunia, kebanyakannya yang menuju ke Amerika Syarikat adalah masyarakat Telugu dari Andhra Pradesh dan Telangana di selatan India.

Amerika Syarikat adalah destinasi yang paling diminati untuk profesional bidang teknologi dari negeri-negeri ini.....