RENCANA › BERITA





Google: Pelakon Global Yang Muncul Di Dunia Internet


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

Oleh Harun Yahya

Adnan Oktar, yang lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya, adalah pemimpin spiritual Turki yang berpengaruh selain pembentuk pendapat dengan menghasilkan 300 buah buku yang diterjemah ke dalam 73 bahasa dan dibaca oleh berjuta-juta orang, membawa pengaruh besar kepada orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia.

ISTANBUL (Bernama) -- Kepelbagaian maklumat yang disediakan oleh Google juga merupakan satu kritikan. Internet adalah satu persekitaran yang tiada kawalan kualiti. Sesiapa sahaja boleh mengumpulkan apa-apa maklumat yang mereka mahu dan mendedahkannya ke seluruh dunia

Ia menggunakan khidmat lebih daripada 70,000 orang di seluruh dunia dan memiliki lima daripada 10 aplikasi mudah alih yang paling kerap dimuat turun di Amerika Syarikat.

Setelah didagangkan pada kadar $85 dalam tawaran umum permulaan, saham syarikat berkenaan meningkat kepada $600. Syarikat ini mempunyai pendapatan iklan mudah alih dan digital yang tertinggi. Pada tahun 2017, pendapatannya di pasaran mudah alih dijangka mencecah $50 bilion.

Kenyataan di atas menjelaskan tentang Google, salah satu syarikat teknologi terkemuka di dunia. Ia mempunyai pejabat di banyak negara dan produk talian mereka membawa kepentingan melebihi nilai komersial mereka.

Hari ini, usaha Google mempunyai kesan mendalam yang mengubah seluruh dunia. Dengan skala terkini Google, ia bukan hanya sebuah syarikat teknologi, tetapi juga bertindak sebagai pelakon global.

Salah satu mata pelajaran paling terperinci dalam hubungan antarabangsa adalah konsep "pelakon". Dalam hubungan antarabangsa, entiti yang boleh membuat keputusan bebas dan mengambil tindakan bebas dipanggil pelakon.....