RENCANA › BERITA





Program Transformasi Ubah Banduan Jadi Insan Berguna


Tarikh kemaskini: 09/02/2018


Orang Diselia (ODS) sedang menguruskan aktiviti ternakan ayam FOTO HAKMILIK JABATAN PENJARA MALAYSIA
Oleh Sakini Mohd Said

Hakikatnya, masih ramai anggota masyarakat memandang sinis golongan yang pernah dilabel sebagai penghuni 'tirai besi' di sebalik pelbagai program transformasi yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM).

Wartawan Bernama, Sakini Mohd Said baru-baru ini berpeluang melihat sendiri antara program transformasi JPM untuk membangunkan semula insan yang pernah bergelar sebagai banduan ini yang dijalankan di Gemas, Negeri Sembilan.

Ini bahagian satu daripada dua bahagian.

GEMAS (Bernama) -- Seawal pukul lapan pagi, beberapa kelibat lelaki berbaju dan berseluar hijau muda kelihatan berkumpul di bahagian depan reban ayam yang terletak dalam kawasan perternakan berkeluasan kira-kira 1.6 hektar.


Penguasa Penjara, Wan Rosli Dollah FOTO HAKMILIK JABATAN PENJARA MALAYSIA


Tanpa berlengah, masing-masing pantas mengambil perkakas diperlukan dari bilik stor berdekatan dan terus memulakan tugas sebaik sahaja mendapat arahan daripada lelaki berbaju seragam coklat cerah yang dikenali sebagai Sarjan Zulkifli Jusoh ini.

Ada yang melakukan kerja pembersihan, ada yang perlu memberi makan dan air. Di satu sudut luar reban, Rashid Ahmad (bukan nama sebenar) pula begitu tekun bertukang menyiapkan reban baru.

"Ketika ini, hanya ada satu reban yang mampu memuatkan 2,500 ekor ayam sahaja. Disebabkan itu, saya bersama rakan sedang menyiapkan reban baru bagi memenuhi keperluan tambahan bekalan anak ayam yang akan tiba nanti.



"Membuat reban ayam antara yang kami pelajari selain didedahkan dengan cara-cara menternak ayam yang betul bermula daripada anaknya sehinggalah ia membesar dan boleh dijual, " katanya kepada Bernama.....