RENCANA › BERITA





Menyantuni Budaya Masyarakat Jepun


Tarikh kemaskini: 08/02/2018


Gambar peserta JENESYS dan media serta keluarga angkat mereka Foto Bernama
Oleh Fatin Nabihah Marzuki

SENDAI (Bernama) -- Guna semula botol minuman untuk meminimumkan sisa buangan, jangan heret bagasi di atas lantai kayu dan pastikan tandas tidak basah kecuali di kawasan pancuran mandi.

Mungkin pesanan ini sesuatu yang asing namun itu adalah antara adab yang perlu diberi perhatian ketika berada di Jepun.

Bagi penulis, pengalaman singkat berada di negara matahari terbit itu memberi pengajaran mengenai budaya dan gaya hidup masyarakat Jepun.

Sepanjang tinggal selama tiga hari dua malam (24 hingga 26 Nov 2017) dengan keluarga angkat inap desa di Osaki, sebuah bandar di wilayah Miyagi, penulis perhatikan betapa bersopan santun dan berdisplin masyarakat Jepun.


Aikira-Aoki menunjukkan buah Pisang Kaki yang ditanam di depan rumahnya Foto Bernama


Segala-galanya teratur. Maka tidak hairanlah jika pihak penganjur dan pemandu pelancong memberikan pelbagai pesanan sebelum diperkenalkan kepada keluarga angkat.....