RENCANA › BERITA





Zoo Bukan Pusat Pameran Haiwan


Tarikh kemaskini: 08/02/2018


Harimau Malaya di Zoo Melaka dan Night Safari Foto Bernama
Oleh Fadzli Ramli

MELAKA (Bernama) -- Zoo atau taman haiwan pastinya antara tempat yang menjadi tumpuan ramai sama ada pada hujung minggu mahu pun ketika musim perayaan atau cuti sekolah.

Kanak-kanak terutamanya pasti teruja apabila melihat pelbagai spesies haiwan yang sebelum ini tinggal di hutan belantara berada di hadapan mata mereka.

Mereka yang sudah dewasa juga pastinya menyimpan banyak kenangan indah mengikuti rombongan sekolah melawat taman haiwan sewaktu di bangku sekolah.

Cuma sejauh mana kunjungan ke taman haiwan dapat menyemai rasa sayangkan haiwan dan mengambil berat terhadap kebajikan haiwan?


Raja Segran (tengah) memberi penerangan tentang usaha konservasi di zoo itu Foto Bernama


Kita ambil harimau sebagai contoh. Spesies haiwan ini iaitu Harimau Malaya menjadi kemegahan sehingga diangkat menjadi 'pelindung' kepada Jata Negara. Nama Harimau Malaya juga sinonim dengan pasukan bola sepak Malaysia dan 'Speedy Tigers' pasukan hoki kebangsaan.

SEMAKIN PUPUS

Bagaimanapun, berapa ramai yang sedar spesies harimau ini semakin pupus dan keadaannya amat membimbangkan!



Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia, anggaran terkini menunjukkan terdapat hanya antara 250 hingga 340 ekor Harimau Malaya di Semenanjung Malaysia berbanding kira-kira 500 pada 1990 dan sekitar 5,000 ekor pada tahun 1950.....