RENCANA › BERITA





Diari Singapura: Bayaran Wang Untuk Cinta Dan Teman


Tarikh kemaskini: 07/02/2018

Oleh Massita Ahmad

Pewarta Bernama di Singapura, Massita Ahmad berkongsi kisahnya dari seberang Tambak Johor.

SINGAPURA (Bernama) -- Era internet memungkinkan banyak perkara dilakukan dengan mudah termasuk mencari cinta dan teman hidup.

Pelbagai laman sesawang mencari jodoh atau teman hidup berjaya mempertemukan lelaki dan wanita untuk berkenalan dan ada yang berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Bagaimanapun, laman sesawang mengatur janji temu iaitu thesugarbook.com yang berpangkalan di Malaysia menjanjikan kelainan.

Laman sesawang yang diasaskan oleh Darren Chan ini mempromosikan 'sugar relationship' yakni wang dan bantuan dibayar untuk mendapatkan cinta dan teman.

Dengan kata lain, seorang lelaki atau wanita yang kaya boleh menjadi 'sugar daddy' atau 'sugar mommy' dengan menyediakan wang serta bantuan kepada lelaki atau perempuan muda ?sugar babies? sebagai pertukaran untuk cinta dan berteman.....