RENCANA › BERITA





Penting Untuk Sukarelawan Berintegriti


Tarikh kemaskini: 07/02/2018


Barisan ahli panel bermula dua dari kiri Zuraidah Atan, Dr Anis Yusal, dan Ahmad A.Talib. Foto Bernama
Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sukarelawan sinonim dengan kerja amal serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Golongan itu juga seringkali ditafsir sebagai kelompok yang secara sukarela melakukan sesuatu tugas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Hakikatnya, sejauh mana tahap suka dan rela seseorang sukarelawan itu menjalankan tugas, seiring tanggapan positif masyarakat kepada mereka?

"Di sinilah pentingnya integriti di kalangan sukarelawan kerana masyarakat sentiasa melihat mereka sebagai individu yang menyebarkan nilai murni terutama dalam menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan.


Zuraidah menyampaikan hujah beliau Foto Bernama


"Bagi memastikan integriti itu benar-benar wujud di kalangan sukarelawan, mereka perlu berbalik kepada niat serta cara mereka bekerja, bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga', " demikian kata Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Datuk Zuraidah Atan kepada Bernama.

PATUHI 'SOP' Zuraidah ditemui sewaktu menjadi ahli panel Program Bicara Breakfast Talk Integriti bertajuk "Integriti: Sukarelawan - Suka, Rela atau Sebaliknya: Perspektif Integriti" anjuran Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) pada 4 Jan lepas.....