RENCANA › BERITA





Usaha Johor Memperkasa Golongan OKU


Tarikh kemaskini: 12/01/2018

Oleh Lucia Terey John

JOHOR BAHRU (Bernama) -- Mohd Noor Firdaus Mohd Salim dikategori sebagai ?lembam? dan menjadi mangsa buli tatkala menuntut di sebuah kolej di Pasir Gudang beberapa tahun lepas.

Bagaimanapun, pemuda berusia 20 tahun ini tidak mahu menjadikan taraf Orang Kurang Upaya (OKU)nya itu menghalang usaha untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan yang ada pada dirinya.

Keyakinan diri semakin meningkat apabila beliau menghadiri Karnival Pekerjaan OKU di Kulai, Johor akhir 2017 dan menjalani beberapa sesi temuduga.

Anak muda itu amat bernasib baik kerana sudah ada beberapa syarikat yang menunjukkan minat mendalam untuk mengambilnya bekerja.

Kisah Mohd Noor ini boleh dikatakan satu dari ribuan kisah golongan OKU di Johor yang sentiasa berusaha mencari sinar baru dalam kehidupan mereka dan membuktikan mereka juga boleh berdikari tanpa bantuan orang lain.....