RENCANA › BERITA





Sekali Ke Krabi, Pasti Nak Pergi Lagi


Tarikh kemaskini: 07/12/2017

Oleh Remar Nordin

KRABI (Bernama) --

Air laut yang jernih dan pasir pantai yang halus memutih serta persekitaran yang mendamaikan, begitulah indahnya pulau-pulau di Krabi yang terletak di selatan Thailand.

Maka tidak hairanlah sekiranya CNN Travel meletakkan pantai destinasi pelancongan ini yang menghadap Laut Andaman di tangga ke-55 daripada 100 pantai tercantik di dunia.

Penulis yang berkesempatan berkunjung ke Krabi dan pekan lain di bawah Program Jelajah Zeromile Kelab Media Johor begitu teruja melihat keindahan pulau ditambah dengan penduduk tempatan yang mesra pelancong dan kebanyakannya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Program jelajah ini adalah salah satu inisiatif kelab berkenaan untuk meninjau kelebihan yang ada di pusat peranginan itu yang boleh dikembangkan di pusat pelancongan dalam negeri.

Bagaimanapun, mereka yang mahu melancong ke Krabi mahu pun bandar-bandar lain di Thailand perlu tahu sepanjang Oktober hingga Mac adalah waktu puncak kerana cuti sekolah.....