RENCANA › BERITA





Masjid, Alam Semulajadi Gamit Pelancong Ke Lombok


Tarikh kemaskini: 10/11/2017


Pemandangan sekitar Kota Mataram daripada menara tinjau Pusat Islam Lombok Foto Bernama
Oleh Mohamad Bakri Darus

LOMBOK (Indonesia) (Bernama) -- Selepas menempuh penerbangan tiga jam dari Kuala Lumpur, sekumpulan 25 wartawan dan jurugambar dari Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) begitu teruja melihat suasana Lombok, sebuah pulau di provinsi Nusa Tenggara Barat.

Selesai menikmati hidangan tengah hari -- Nasi balap puyung -- di sebuah warung tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, maka bermulalah penjelajahan kami yang pertama kali tiba di sini untuk mengenali Lombok secara dekat.

Peluang untuk melihat suasana pemandangan sekitar kota Mataram (ibu kota Lombok) dari menara tinjau dengan ketinggian 99 meter adalah sesuatu yang tidak dilepaskan.

Lebih indah lagi menara tinjau ini terletak di Pusat Islam Lombok dan Masjid Hubbul Wathan di Mataram (kapasiti 20,000 jemaah) iaitu masjid terbesar di provinsi Nusa Tenggara Barat.


Satu lagi masjid unik di Lombok Foto Bernama


Menara setinggi 99 meter sempena dengan 99 nama Allah (Asma'ul husna) dilengkapi dengan lif untuk pengunjung naik ke tingkat 13 (aras 99 meter) menara itu.....