RENCANA › BERITA





Kenangan Garam Manis Pattani


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

Oleh Kurniawati Kamarudin

PATTANI ( Bernama) -- Bila dah sampai ke Pattani memang wajib cuba garam manis, ujar seorang daripada penduduk Kampung Bana ketika menghadiahkan buah tangan berupa sebekas kecil garam, produk penduduk tempatan di sini.

Teruja dengan garam manis, terus sahaja masing-masing mencuba untuk merasa di mana manisnya garam Pattani ini.

Masinnn!!!, jerit peserta rombongan media Malaysia yang mengikuti program ke Selatan Thailand anjuran Persatuan Media Untuk Kedamaian Selatan Thailand (Southern Peace Media Club atau SPMC) hingga membuatkan semua ketawa kerana tertipu dengan ''garam manis".

Garam manis adalah panggilan pada garam yang diusahakan penduduk kampung di sekitar Pattani terutama yang tinggal di kawasan berdekatan dengan laut.

Telah diusahakan sejak beratus tahun dahulu, proses penghasilannya yang masih mengekalkan cara tradisional menjadi antara tarikan pelancong ke Pattani yang dahulunya dikenali dengan nama Langkasuka.....