RENCANA › BERITA





Percutian Dipayungi Jutaan Bintang


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

Oleh Siti Hajar Mohd Salleh

IPOH (Bernama) -- Cantik, tenang dan menarik. Itu yang dapat diungkapkan ketika menghabiskan cuti pada hujung minggu baru-baru ini.

Tatkala ramai mengimpikan tidur di hotel lima bintang, penulis bersama 10 rakan berpeluang merasai pengalaman \'mewah\', tidur di bawah jutaan bintang.

Bukan itu sahaja, pemandangan pertama selepas terjaga dari lena adalah keindahan alam semulajadi bukit batu kapur berdiri megah berusia lebih 400 juta tahun dilitupi tumbuh-tumbuhan hijau serta tasik asli yang sudah wujud sebelum kurun ke-19.

Tambah menarik, aktiviti yang diisi sepanjang percutian selama dua hari satu malam itu tidak mungkin dapat dilupakan.

AKTIVITI HARI PERTAMA

Sebaik melepasi pintu masuk penulis dibawa menaiki buggy mengelilingi kawasan taman tema air Lost World Of Tambun seluas 40 hektar.....