RENCANA › BERITA





Pastikan Persekitaran Tertutup Terbaik Untuk Kanak-kanak


Tarikh kemaskini: 06/10/2017

Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Mewujudkan persekitaran tertutup yang selamat dan selesa untuk kanak-kanak adalah penting demi pembangunan optimum mereka, bukan hanya di rumah malah di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dan sekolah.

Baru-baru ini, wakil-wakil dari Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI), Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Persatuan Tadika Malaysia (PTM) membincangkan perkara-perkara berkaitan di sebuah forum anjuran Kumpulan Nippon Paint Malaysia di sini.

Beberapa isu utama berkaitan persekitaran tertutup untuk kanak-kanak yang dikenal pasti daripada dialog itu termasuk kualiti udara dalamannya, dinding sebagai penyebar penyakit dan penggunaan warna sesuai dalam mewujudkan ruang yang kondusif untuk kanak-kanak.

KUALITI UDARA DALAMAN PENTING

Bayi menghabiskan sebahagian besar masanya di tempat tidur dan bernafas lebih kerap iaitu kira-kira dua kali ganda berbanding orang dewasa. Oleh itu, ibu bapa perlu prihatin terhadap tahap kualiti udara di dalam rumah kerana bayi menghabiskan kira-kira lapan hingga 20 jam sehari di situ.

Kajian menunjukkan bahawa pencemaran udara bagi persekitaran tertutup boleh mencapai dua hingga lima kali lebih tinggi berbanding kawasan terbuka.....