RENCANA › BERITA





Cara Ahoi Semai Cintakan Negara


Tarikh kemaskini: 11/08/2017


Pemilik SC Premiums Bikes Chua Chern Kwang atau dikenali sebagai Ahoi bersama sebahagian motosikal berkuasa tinggi di kedainya di Bandar Sunway. Ahoi yang hampir 40 tahun membaiki dan menyelenggara motosikal berkuasa tinggi menjadikan kedainya tumpuan hujung minggu bagi peminat motosikal dari pelbagai lapisan kaum dan masyarakat sejak dibuka 22 tahun yang lepas. Foto: Iskandar
Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bagi pengguna motosikal berkuasa tinggi tempatan, Ahoi atau nama sebenarnya Chua Chern Kwang, 52, bukanlah individu asing bagi mereka.

Kepakarannya hampir 40 tahun dalam membaiki dan menyelenggara motosikal berkuasa tinggi menjadikan kedainya , SC Premium Bikes di Sunway tumpuan terutama hujung minggu sejak dibuka 22 tahun yang lepas.

Tidak hanya menyelesaikan masalah motosikal, kedai Ahoi juga tempat peminat kuda besi ini berkongsi pengalaman bergelar 'rider'.

Sesekali berkumpul tidak ubah seperti sebuah keluarga besar yang cukup harmoni. Mana tidaknya, hampir 60 peratus pelanggan setianya adalah Melayu manakala selebihnya pelanggan Cina dan India.

Tanpa membezakan warna kulit, agama, budaya mahupun pangkat mereka berbicara topik dan minat yang sama terhadap motosikal.....