RENCANA › BERITA





Nestle Kurangkan Gula Dan Garam Dalam Produk Menjelang 2020


Tarikh kemaskini: 11/08/2017

Oleh Massita Ahmad

Pewarta Bernama di Singapura, Massita Ahmad berkongsi kisah di Republik ini.

SINGAPURA (Bernama) -- Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Nestle di Singapura komited untuk mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produknya menjelang 2020.

Syarikat pengeluar makanan dan minuman ini merancang mengurangkan kandungan gula sebanyak lima peratus dan garam 10 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Dr Tan Sze, Pengarah Urusan Pusat R&D Nestle Singapore berkata Nestle membuat komitmen itu selaras dengan matlamatnya untuk "meningkatkan kualiti kehidupan serta memberi sumbangan kepada masa hadapan yang lebih sihat."

Pusat R&D Nestle Singapore adalah antara 40 pusat R&D yang ditubuhkan oleh Nestle di seluruh dunia untuk memperbaiki rasa, keselamatan serta kualiti semua produknya.

Ia juga bertanggungjawab untuk pembangunan produk peringkat global dan serantau bagi jenama Milo, Nescafe, Maggi dan Nestle.

Menurut Tan, keperluan untuk mengurangkan kandungan gula dalam produknya semakin penting sekarang memandangkan penduduk warga tua Asia diramalkan mencecah hampir satu bilion menjelang 2050.....