RENCANA › BERITA





Diari Delhi: Semakin Ramai Petani Dihimpit Kesempitan Hidup


Tarikh kemaskini: 19/06/2017

Oleh Shakir Husain

Pewarta Bernama di New Delhi, Shakir Husain berkongsi perkembangan yang berlaku di India dari ibu negara itu.

NEW DELHI (Bernama) -- Petani beberapa negeri utama di India yang semakin dihimpit kesempitan hidup mencetuskan bukan sahaja tunjuk perasaan dan keganasan, malah ada yang sampai membunuh diri.

Di negeri barat Maharashtra, petani bertindak membuat sekatan jalan dan membuang bertan-tan sayur serta susu untuk menarik perhatian pihak berkuasa kepada masalah mereka.

Rasa tidak puas hati juga merebak dalam kalangan masyarakat desa yang bergantung hidup kepada bidang pertanian di negeri-negeri utara India iaitu Punjab, Uttar Pradesh dan Haryana.....